RAHSIA MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU!

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu mereka merasakan pilihan terbaik ialah dengan memberikan susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?

Antara faktor yang mendorong  tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya. Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi  apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. 

Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan  mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan  ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari 
ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Apakah tips-tips rahsia untuk MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU?

Mari kita kongsikan 10 tips rahsia ke arah menjayakan penyusuan susu ibu.. Semoga semua kita berjaya! amin..

1- Teruskan menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan (disarankan dalam jam pertama). Maknanya di dalam labour room dah boleh mula menyusukan bayi. Teknik ni sudah banyak diterapkan di Hospital Rakan Bayi.. Dalam hari-hari terawal tubuh kita menghasilkan cecair emas yang sedikit pekat dan amat bernilai buat bayi iaitu kolustrum. Jadi jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup anak-anak kita untuk menikmati kolustrum yang penuh zat dan nutrient ini! Walaupun sikit, tp cukup untuk bayi..

Ni la anggaran saiz perut bayi kita!!
Sumber : babyfirstlactation

2- Gali dan  belajar Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul contohnya dari segi Posisi penyusuan dan  Pelekapan yang  betul dan salah



3- Susukan bayi sekerap yang mungkin bukan mengikut masa tertentu. Jika bayi kerap tidur, disarankan untuk kejutkan bayi atau boleh juga pam . Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu dihasilkan

4- Minum air masak dengan banyak iaitu 3liter sehari kerana jika badan kekurangan air, susu tak dapat dihasilkan

5- Mula mengumpul stok susu perahan sejak di dalam pantang. Ini kerana lazimnya susu banyak semasa dalam pantang.



6- Apabila sudah mula bekerja, disiplinkan diri mengepam sekurang-kurangnya 3x di tempat kerja. Kembali bekerja tidak bermakna terpaksa berhenti menyusukan !



7- Elak tekanan atau Stress. Ibu harus menjaga emosi kerana ia mempengaruhi pengeluaran susu. Boleh juga semasa sambil mengepam, lihat gambar si manja yg comel untuk berikan rasa positif dan tenang!

8- Banyak membaca dan mempelajari ilmu penyusuan. Sepertimana yang saya lakukan, semasa mengandung, saya banyak google dan juga membaca  di group facebook yang menyokong penyusuan susu ibu seperti Kumpulan Ibu Menyusu. Ilmu penting sebagai persediaan kelak. Galilah ilmu atau mungkin boleh juga hadiri kelas-kelas penyusuan .

9- Banyak berdoa semoga dimurahkan rezeki si anak untuk terus menikmati susu ibu.

10- Amalkan pemakanan yang sihat . Ibu perlu memastikan setiap hari makanan yang diambil mengandungi gizi seimbang. Atau suka saya sarankan untuk para ibu mencuba Pengambilan Supplement untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan kerana tubuh kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi dari makanan.

Untuk mengetahui cadangan SET VITAMIN TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU sila klik link ini..
Atau boleh juga mencuba dulu Set Menyusu Harga Murah.  Dah cuba dan puas hati, boleh cuba set lengkap pula.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki ke arah misi menyusukan si manja sehingga 2 tahun..amin..

Untuk sebarang masalah , keraguan atau berminat dengan produk, boleh hubungi saya...


------------------------------------------
♥♡♥ Azah Kamarudin ( ID : 963176) ♥♡♥
SMS/Whatsapp : 019-413-0912
www.facebook.com/healthysihat
www.tipshealthysihat.blogspot.com
COD area : Parit Buntar, Penang, Bagan Serai


Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui POSLAJU

0 comments:

Post a Comment